Sunday, August 22, 2010

mencari matahari yang sedang hilang part 2

hujan tiba-tiba turun tapi tidak lebat. rintik-rintik sahaja mungkin. dia lihat pelukis perempuan berlari cepat-cepat mengambil lukisan-lukisan bertindih batu-batu kecil yang diletakkan di atas tanah/jalan/lantai kemudian cepat-cepat memasukkannya ke dalam beg berbentuk empat segi yang besar dan keras.

dia masih belum bangun dari kerusi. dia terus melihat pelukis perempuan terkial-kial mengutip helaian-helaian lukisan yang sepertinya sedang menadah air mata dari langit.

tapi setelah melihat pelukis perempuan berpaling ke arah dia dengan mata merah dan seperti sedang menghantar dialog melalui gelombang, "tolonglah saya,", dia cepat-cepat bangkit macam dipukau dan mula menolong mengutip lukisan-lukisan yang sudah terkena rintik-rintik hujan.

selesai mengutip lukisan-lukisan itu, hujan sudahpun berhenti turun. pelukis perempuan senyum sabar kemudian memicit pipi dia sebanyak dua kali.

petang itu dia pulang ke rumah dengan baju yang lembab. ditangannya ada sehelai lukisan anak sungai yang airnya berkilat-kilat di pancar terik matahari.

dia tahu kenapa matahari sedang hilang. dia yakin, matahari terperangkap di dalam lukisan itu dan minta dilepaskan.

esok ada misi yang harus dia laksanakan. dia akan bawa pulang semula matahari yang sedang hilang.

*next entry. lagi sekali terbejat. sori

7 comments:

yg_indah said...

mgkin puasa men'yejat' idea ;)

fatah85 said...

jangan la bawa pulang matahari. aku pun perlu.

Anonymous said...

masih menunggu (sambil menopang dagu)...

Nazz@Purple said...

wah menarik...cepat la sambung..

puding roti said...

yg indah. puasa dh mam idea jg. kot

affah. sy akn bwkn mautk awk. awk tunggu :)

anony. bg upah dl ;p

nazz. nnti kakak smbg ye syg ;)

Anonymous said...

upah dengan karipap... he, boleh?

Anonymous said...

maish belum sempat baca dengan tenang lagi..
erm..nanti saya datang lagi ye...

[mugiwara]