Sunday, January 30, 2011

pemenang contest: mencari matahari yang sedang hilang part 3 - cerita 3

hasil nukilan sisleyxmex :)

wajah langit tengah malam dari jendela tua rumah kecil di celah bangunan tinggi ini kelihatan murung. bayangan sang rembulan tampak samar dari celahan rintik air hujan. bayu dingin dari atas sana seperti menggigit batang tubuhnya yang separuh telanjang.

matahari hatinya belum kelihatan. dia katup pintu jendela perlahan-lahan. lukisan anak sungai yang airnya berkilat-kilat di pancar terik matahari siang tadi itu dia renung dalam-dalam.

fikirannya bercelaru. buminya seperti berputar-putar disimbah air hujan yang jarang. bayangan pelukis perempuan itu kadang kala muncul, tapi malu-malu. sorot mata pelukis perempuan yang sedikit bercahaya itu seperti melekat celah ruang hatinya yang sekian lama mendung.

bunyi butir air hujan yang menghentam dada atap rumah kecilnya yang terbuka semakin lama semakin deras.

malam kian larut..

esoknya, dia kembali lagi ke kerusi batu. dia tercari-cari bayang si pelukis perempuan. tapi hampa. tiada lagi baris lukisan bertindih batu kecil di kaki lima. tiada lagi batang-batang berus berwarna dengan kanvas putih. tiada apa, kecuali dua tiga rintik air hujan yang tertinggal hujan semalam.

seminggu berlalu. dia bolak-balik dari rumah kecil ke kerusi batu saban hari. mengharapkan si pelukis perempuan datang lagi. jiwanya kosong. tangan halus si pelukis perempuan yang memicit pipinya tempoh hari masih hangat lagi.

dia sentuh pipinya perlahan-lahan. tiba-tiba, setitis air hangat menitis dari pelupuk mata. semakin lama semakin deras. ruang hatinya yang baru sahaja disapa hangat sang matahari kembali mendung dan suram.

matahari hatinya yang baru dia temukan, kini kembali hilang..

Monday, January 17, 2011

roy dan ulat

Pertama kali dia memegang ulat ialah ketika dia berusia enam tahun. dia lawan rasa takut juga geli dengan menarik ulat berwarna hijau sehingga terputus dua. roy yang ajar. roy bawa dia masuk taman rumah jiran yang dia langsung tidak kenal kemudian mencari ulat di situ.


tapi rasa takut juga geli itu tetap tidak hilang. kau memang penipu roy. kau kata dengan menarik ulat sehingga terputus dua, aku akan jadi berani tapi tak pun. kau memang penipu. aku benci kau roy. kau ajar aku jadi pembunuh ulat.

apa yang dia ingat, dia menangis menyesal sambil menolak ulat yang terputus dua dengan ranting kayu. berharap dapatlah disambung semula. tapi mana mungkin.

apa yang dia ingat juga, sejak hari itu dia hate roy. setiap kali ternampak roy, dia jeling roy sampai dia rasa urat mata macam nak putus. tapi dia puas hati dapat menunjukkan hate pada roy walaupun roy buat muka no respon.

dia terus hate roy. dalam masa yang sama tetap takut, geli dan rasa bersalah terhadap ulat sehinggalah roy berpindah ke tempat lain dan menulis kad meminta maaf siap ada gambar rama-rama dan bunga berkelopak banyak. roy tulis roy menyesal bunuh ulat. roy memberitahu ulat itu boleh membesar menjadi rama-rama yang cantik.

dia sebak lalu memaafkan roy di dalam hati. dia cepat-cepat ke bilik air dan mencari ulat gonggok kot-kot ada. meninjau dari jauh sambil terbayang-bayang rama-rama warna apa yang ulat gonggok akan jadi bila besar nanti.

mungkin juga rama-rama yang berwarna coklat

pemenang contest: mencari matahari yang sedang hilang part 3 - cerita 2

hasil nukilan amadkhir :)

pagi itu hujan. macam biasa. bagi dia dan penduduk bandar itu, sejuk dingin sebegitu adalah biasa. tak perlu susah-suah pakai baju tebal-tebal. tapi bagi orang luar, dingin seperti itu sudah pasti mencengkam tulang. dia duduk di kerusi batu. seperti semalam, meninjau-nijau sekeliling, sambil cuba mengira berapa banyak lagi titis air hujan akan turun.


bunyinya sia-sia kan?

selepas azan Zohor, tiada lagi titis hujan. lekas-lekas dia ambil air tadahan hujan. ambil wuduk. dalam doanya, dia minta supaya diampunkan dosa semua penduduk bandar itu. dia tak lupa cuba minta dikembalikan cahaya matahari.

lukisan semalam diambil. dia keluar bersama lukisan itu. niatnya, mahu jumpa dengan pelukis perempuan semalam. dia yakin, matahari itu terperangkap di situ. sayangnya, dia tak belajar undang-undang. jika tidak, pasti dia bawak hal ini ke mahkamah.

tiba di situ, pelukis perempuan masih belum ada. tapi ada lukisan kanvas di situ. dan berus juga masih lembab dengan warna kuning. tanpa minta kebenaran, dia singkap lukisan itu. dan tak semena-mena, terukir senyum di bibir dia.

syukur, matahari telah bebas.

Thursday, January 6, 2011

bangun pagi tilik cermin

Pagi itu agak-agak dalam pukul tiga setengah pagi, dia terbangun dari tidur kerana terketik-ketik air kencing mahu keluar kerana sudah penuh dalam punding kencing. agaknya lah kot sebab dia kan bodoh sains tubuh manusia. oh lupa, dia mana pernah belajar biologi.

tapi sebelum ke bilik air, dia sempat bercermin. berharap rambut kembang macam singa tiba-tiba terkuncup terleper terpenyek macam lepas buat teknik rebonding akibat disumpah oleh bidadara menjadi model cina ketika tengah sedap tidur. mana tahu kan.

tapi dalam cermin itu dia nampak muka putih macam disapu debu-debu tepung dengan rambut kembang macam singa. terkejut juga walaupun sudah sedia tahu dia memang pakai bedak sejuk sebelum tidur. mujur rambut kembang. kalau dengan rambut yang telah direbonding, mesti macam ternampak maya karin. takut gila. kemudian pengsan.

oh dia memang telah pengsan.

*pening kepala mahu cari syampu rambut free SLS. even sebamed pun ada SLS. oh hidup zaman moden sungguh banyak bahan kimia.

ngiyau...eh auumm!!!

Wednesday, January 5, 2011

dia berharap

Dia berharap supaya kupu-kupu dan bunga-bunga itu keluar daripada lipatan-lipatan kertas.