Tuesday, September 3, 2013

bagaimana nak bahagia dan selalu pilih untuk bahagia

Dulu masa belum reti iron baju sendiri, dia ingatkan bahagia itu macam ending cerita princess, selepas perkataan "happily ever after" macam mudah tapi kompleks juga kena pandai berlawan melompat dan kena jadi adiwira dulu.

padahalkan..dapat berehat di sofa asas dunlop sambil tengok tv ataupun cuma bersembang di meja makan ataupun cuma merayap di giant pun boleh jadi definisi bahagia juga kan? ringkas. sebab kita pilih untuk bahagia.

iyalah. nak bahagia tak perlu duit yang banyak. atau muka yang cantik. tak jadi princess pun layak untuk bahagia juga.

alhamdulillah.

*walaupun ayah dah pergi jauh tinggalkan saya, dan belum habis berasa sedih, tapi saya kena bangkit juga kan untuk gembira dan rasa bahagia walaupun tak sama. sebab bercakap di telefon dengan ayah adalah bahagia. dipujuk ayah lepas kena marah sebab degil adalah bahagia. pergi ke kandang itik dengan ayah adalah bahagia. dapat nasihat dan ayah beri tayar kereta baru juga adalah bahagia. banyaknya rasa bahagia. walaupun lain rasa bahagianya tanpa ayah yang tinggi pedulinya, tapi kena pilih untuk bahagia juga.

Al-fatihah untuk sidinaali bin pah.

5 comments:

Selamber Rock said...

Al-Fatihah. Semoga arwah bahagia di sana...

Anonymous said...

Berkongsi rasa :) Semoga bahagia selalu. Ameen

Kak Lily

puding roti said...

al fatihah..

amin.. ;)

gadis kaca mata said...

Tabah dan sabar Ha.
Moga ayah awak tenang di sana.
Al-Fatihah.

Kita masih akan tetap bahagia walaupun orang yang membahagiakan itu sudah tiada. kerana bahagia itu bukan pada orang lain. bahagia itu ada dalam diri kita.
er.. boleh paham ke? berbelit pulak ayat.

puding roti said...

gadis kacamata.

Amin..betul..hee..phm2. bila nk dating ni?