Thursday, November 11, 2010

cermin abang besar yang...bahagian kedua

sambungan dari sini

..dan matanya yang separuh sepet serta dipenuhi air mata itu tiba-tiba membulat basah apabila terlihat cermin baru abang besar sedang mengeluarkan cahaya berwarna biru muda.

slow-slow dia berjalan terjingkit-jingkit dengan hujung jari kaki. lutut terbengkok separuh manakala kedua-dua tangannya terlipat ke dada tak ubah seperti fei mau (ala, tak jumpa gambar fei mau) sebab dia tak mahu tangannya yang buas itu akan membuatkan barang-barang abang besar bergerak dari tempat asal walaupun secoet dan bakal mengundang pelempang yang bukannya tak sakit.

akhirnya dia berdiri di hadapan cermin baru abang besar. ragu-ragu. takut-takut. berdebar-debar. 

belum sempat dia mahu menyentuh cermin baru abang besar yang sedang mengeluarkan cahaya berwarna biru muda, dia terdengar suara abang besar menyergah di muka pintu bilik.

dalam gerak perlahan, dia berpaling melihat abang besar yang masih ternganga mengeluarkan suara seperti beruang montel. juga dalam gerak perlahan dan kedengaran seperti gempa bumi campur taufan.

kelam kabut dia berlari terloncat-loncat dan mencari ruang untuk melarikan diri bagi mengelakkan disekeh abang besar sehingga menjadi seperti spring sekali lagi.

tapi nasib dia malang, kakinya tersadung wayar elektrik, tangannya tersiku cermin baru abang besar dan kemudian cermin baru abang besar terhumban tertelangkup tersugum tertomoih ke lantai. terdengar bunyi duuummmm!! preeekk!! kcinggg!!  yang sebenarnya agak tenggelam dengan suara jeritan abang besar yang seperti beruang montel. atau shrek?

"pecah tivi nipis akuuuu!!bodoooohhh.....!!" suara abang besar bergema dan mata abang besar jadi bulat serta ada urat-urat merah sepertinya bakal bertukar menjadi raksaksa berwarna hijau yang memakai seluar dalam stretchable.

tanpa membuang masa, abang besar sekeh kepala dia laju-laju sebanyak tiga kali menyebabkan dia melantun-lantun seperti spring sampai terkeluar dari bilik abang besar.

dan hari itu ketika mengintai dari celah pintu bilik abang besar, pertama kali dia lihat abang besar menangis tersedu-sedu sambil menutup muka dengan dua tangan sampai terhinggut-hinggut bergoncang bahu bergegar perut.

7 comments:

fatah85 said...

kesian abang besar. mungkin tu tivi dia beli hasil gaji pertama dia. hm.

sisleyxmex said...

haha. kesian abang besar

Tun Af'fi Sofyan said...

hahaha.

fei mao. (gemuk tapi kiut)

gadis kaca mata said...

saya mau sony bravia 3D :D

mugiwara said...

tahniah.
buku kamu dah keluar.
saya nak juga satu.
dengan tandatangan~

yay~
tandatangan abang besar juge~ hehehe

puding roti said...

affah. mungkin. huu

sisley; kesian jgk. nakal dia tu ;p

affi. rindu nk tgk citer fei mau :)

gadis kl. sy pun nak! heh

mugi2.alhamdulillah. maceh awk! nanti sy cr abg besar. dia lm dh hilang. wuwu~~

Aizuddin Jaafar said...

"Bergegar perut"
Sekarang abang besar sedar, apa guna ada tivi nipis yang kewl kalau ada adik yang comel tapi kurang pandai.